27 Jun 2009

Pergaulan Bebas (Ikhtilat)

MUKADDIMAH

Masalah pergaulan memang menjadi salah satu topik perbualan di kalangan kita pada hari ini.Samada masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri, pasti ianya akan dibualkan dan mungkin dibincangkan.Lebih-lebih lagi di Malaysia, yang di antara masalah sosial yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada pergaulan bebas yang tidak terkawal.Manakala kita di Jordan, yang juga rakyat Malaysia mungkin tidak dapat lari juga dari masalah ini.Mungkin di kalangan kita, mempunyai pendapat sendiri tentang pergaulan.Walau apa pun pendapat tersebut,ianya mestilah dikembalikan kepada dasar-dasar islam yang sesuai dengan zaman,masa dan tempat.

Kalau kita kembali kepada sirah nabawiyyah, memang Rasulullah Saw sendiri memandang berat tentang pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah serta persentuhan.Ini dapat kita lihat, sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda,apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :


عن أبي أسيد الأنصاري عن ابيه : أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجالبحافا مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء : استأخرن ؛ فإنه ليس لكن أن تحققن الطريق ؛ عليكن بحافات[1]



Yang bermaksud : Daripada Abi Usaid Al-Ansori daripada ayahnya : Bahawa dia (iaitu ayah Abi Usaid Al-Ansori) telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, di mana ketika itu Rasulullah Saw berada di luar masjid, dan berlaku ikhtilat di kalangan lelaki dan perempuan ( di mana Rasulullah Saw melihat ikhtilat tersebut ) : " Kebelakanglah kamu,sesungguhnya kamu tidak boleh berada berada di tengah jalan,kamu mestilah berjalan di tepi jalan."

- Dalam mempraktikan hadith Nabi Saw, para sahabiyyat telah menghampirkan diri mereka ke dinding, hingga ada riwayat mengatakan bahawa kerana terlampau rapat dengan dinding, ada di antara pakaian mereka yang tersangkut dengan dinding bangunan.

Beginilah Rasulullah Saw sebagai seorang pemimpin pada ketika itu,memastikan bahawa rakyatnya sentiasa hidup di dalam keadaan yang jauh dari fitnah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak mujtama'.


MAKNA IKHTILAT ( الإختلاط)

Perkataan
الإختلاط ini mungkin biasa kita dengar,iaitu maksudnya adalah bercampur.Dan biasanya digunakan untuk merujuk kepada suatu pergaulan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai murni islam.Di sana ada perkataan lain yang digunakan untuk merujuk muamalat antara lelaki dan perempuan seperti لقاء - مقابلة مشاركة.[2] Namun memang di dalam kebanyakan kitab-kitab apabila membicara tentang perhubungan bebas,para ulamak akan menggunakan perkataan الإختلاط.

1.Dari sudut bahasa : Perkataan
الإختلاط berasal dari perkataan خلط yang memberi maksud bercampur iaitu مزج. Di dalam Al-Qamus Al-Muhit dijelaskan bahawa sesuatu yang bercampur dipanggil اختلط[3]. Kalau ismu failnya adalah خالط.Kalu kita berbicara tentang blender,kita akan menyebutخلاط, iaitu yang mencampur-campur dan bahan yang dicampur-campur itu sudah menjadi sesuatu yang lain dari yang asal.

2.Dari sudut istilah : Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di suatu tempat yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan pandangan atai isyarat atau percakapan.
[4]Apabila kita merujuk kepada definisi ini,apa yang dimaksudkan dengan ikhtilat adalah pergaulan bebas.



HUKUM PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN SERTA GARIS PANDUAN.

Tidak dapat dinafikan bahawa muamalah di antara lelaki dan perempuan di dalam hidup ini adalah wujud.Lebih-lagi pada hari ini, situasi persekitaran yang memerlukan kerjasama dua hala di antara lelaki dan perempuan dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, dakwah dan ilmu.Firman Allah swt :



وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

[5]



Yang bermaksud : Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan yang beriman saling berkerjasama dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar,maka sudah tentu di sana ada situasi-situasi yang memerlukan mesyuarat, perbincangan, percakapan dan sebagainya.

Dan apa yang harus kita fahami bahawa, walaupun begitu islam telah menetapkan garis panduan yang terperinci untuk menjaga perhubungan ini.Maka,garis panduan inilah yang menentukan sesuatu hubungan itu adakah bertepatan dengan syarak atau pun tidak.

Kalau kita mengkaji garis panduan yang dinyatakan oleh islam, ia menutup segala pintu-pintu yang boleh membawa maksiat.Ia melibat pandangan mata, suara, pakaian (aurat), tujuan perbincangan dan keadaan pergaulan itu berlaku.

Merujuk kepada Kitab Al-Fatawa Al-Muasoroh oleh Al-Qardhawi
[6], beliau telah menetapkan dhowabit (garis panduan) dalam pergaulan@pertemuan di antara lelaki dan wanita, iaitu :


1.Kedua-dua belah pihak hendaklah sentiasa menundukkan pandangan,tidak memandang aurat dan dengan perasaan syahwat.Firman Allah Swt :



قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَيَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ جَهُنَّ

[7]



Yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka;

- Islam mengecualikan pandangan secara tidak sengaja,tetapi apa yang perlu kita buat apabila kita tidak sengaja?Ini di jawab oleh Rasulullah Saw terhadap soalan Jarir Ra, seorang sahabat Nabi Saw yang bertanyakan tentang pandangan yang tidak disengajakan :


اصرف بصرك

[8]


Yang bermaksud : Alihkan pandangan kamu


2.Perempuan muslimah pula mestilah sentiasa memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak yang menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Juga tidak terlalu nipis dan tidak mengikut bentuk badan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah swt :


وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

[9]


Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;

Telah disahkan oleh beberapa sahabat, apa yang zahir daripada perhiasan ialah muka dan dua tapak tangan.


3.Sentiasa menjaga adab muslimah,terutama ketika berinteraksi dengan lelaki dari segi :

- Percakapan,tidak melampaui dan menggoda.Sebagaimana firman Allah Swt kepada para isteri Nabi Saw. Dan isteri-isteri Nabi Saw, adalah ikutan terbaik untuk semua wanita di sepanjang zaman dan tempat.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا
[10]

Yang bermaksud : Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.


- Cara berjalan.Firman Allah swt :


وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ

[11]


Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;



فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ

[12]


Yang bermaksud : Maka datang kepadanya salah seorang dari keduanya sambil berjalan tersipu-sipu

- Ayat di dalam Surah Al-Qosos ini menceritakan kisah salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib As yang datang untuk menyampaikan jemputan ayahnya kepada Nabi Musa As.Dapat kita lihat, qudwah yang ditunjukkan di dalam kisah anak Nabi Syuaib AS ini, bagaimana apabila berjalan, beliau berjalan dalam keadaan tersipu-sipu dan malu.Bukannya berjalan dalam keadaan sebaliknya, yang langsung tidak sesuai dengan fitrah seorang wanita.

- Pergerakan pula janganlah terlalu kasar dan janganlah terlalu lembut yang boleh menggoda.Gerunilah amaran yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam haditnya :



صنفان من أهل النار ....ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها لتوجد من مسيرة كذا وكذا

[13]


Yang bermaksud : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka…. perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.


4. Hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh merangsangkan syahwat seperti bau-bauan, minyak wangi,warna-warna yang menarik yang sepatut di pakai di rumah, bukan di jalanan untuk bertemu dengan lelaki.



وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

[14]

Yang bermaksud : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu;

- Yang dimaksudkan dengan تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ disini ialah menzahirkan perhiasan dan kecantikan yang wajib ditutup dan yang boleh mempengaruhi syahwat orang lain…
[15]


5. Sentiasa berwaspada,agar lelaki dan wanita tidak berdua-duan tanpa mahram Hadith sohih telah memberi ingatan



لا يخلو رجل بامرأة ألا ثلثهما الشيطان



Yang bermaksud: Tidak berkhalwat seorang lelaki dan perempaun, melainkan yang ketiganya adalah syaitan

.
6.Pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan atas urusan kerja tanpa melampaui sehingga menyebabkan wanita itu lalai dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik generasi.


- Walaupun kita lihat di atas,seperti merujuk kepada wanita sahaja,namun lelaki tidak lari dari kemestian menjaga adab-adab yang sama dari sudut pakaian,percakapan,pergerakan dan lain-lain.


Rujukan

[1] Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi dan Al-Albani mengatakan hadith ini adalah hasan berdasarkan kepada semua riwayatnya.
[2] Rujuk Kitab Al-Fatawa Al-Muasoroh oleh Al-Qaradawi jilid 2 m/s 303-304
[3] Rujuk Al-Qamus Al-Muhit madah خلط m/s 665
[4] Rujuk Kitab Hak dan Kewajipan Wanita Menurut Islam oleh Abdullah nin Jarullah bin Ibrahim Jarullah.Buku ini di terjemahkan oleh Ustaz Ismail Tuan Haji As-Syafiee Al-Bakabi m/s 39.Cetakan Al-Hidayah Publisher.
[5] Surah At-Taubah ayat 71.
[6] Rujuk kitab tersebut m/s 309-311
[7] Surah An-Nur ayat 30-31
[8] Riwayat Abu Daud
[9] Surah An-Nur ayat 31
[10] Surah Al-Ahzab ayat 32
[11] Surah An-Nur ayat 31
[12] Surah Al-Qasas ayat 25
[13] Riwayat Imam Muslim
[14] Surah Al-Ahzab ayat 33
[15] Rujuk Al-Mausuah Al-Quraniah Al-Muyassaroh oleh Jemaah min Al-Ulamak antaranya Dr Wahbah Zuhaili m/s 423 juga boleh rujuk Tafsir Kalam Manan oleh Syeikh Abd Rahman As-Saadi

16 Jun 2009

# MaLu DgN SekePinG GamBaR #

* mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan *


Hati saya tidak tenang setelah membuka beberapa friendster,hi5 dan facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada
beberapa friendster,hi5 dan facebook yang membuatkan saya berasa tidak senang. Perasaan itu timbul kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.Sebagai saudara seagama,saya juga mempunyai haq untuk menyatakan hasrat hati saya yang sekian lama terpendam untuk memberitahu dan bersuara apabila melihat perkara sebegini.Saya sangat berharap kepada sesiapa yang membacanya akan berfikiran positif terhadap apa yang saya kata kan ini.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini sungguh pun, bukan kerana ingin memalukan dan mengaibkan mereka mereka, tetap saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”


Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, jangan dinafikan perasaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa seperti melayang di awangan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu dengan sekeping gambar.

Tambahan pula,dunia teknologi yang berkembang pesat memudahkan lagi kalian untuk meng'edit' gambar dengan menggunakan bermacam2 software seperti photoshop.Dengan adanya software tersebut,bila diedit gambar yang ada jerawat di muka pun akan jadi tak ada dan yang berkulit gelap akan menjadi cerah.Hal ini akan menampakkan wajah kalian lebih cantik dari yang sebenarnya. Ya,memang benar bahawa Allah itu Maha Cantik dan sukakan kecantikan,tapi jangan lah kalian menyalah gunakannya ke arah jalan yang boleh memberi rangsangan kepada kaum Adam setelah melihatnya.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi sesetengah yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya andai apa yang saya katakan ini agak keterlaluan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan telah diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apakan daya, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir kata, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah dan jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.

POSTED BY GREEN_ZATIL AT 8:26 AM

LABELS: LUAHAN RASA, REMINDER 4 MYSELF.

DOA SENJATA MUKMIN

[ Buatmu Palestine ]

[ Doa Qunut Nazilah ]

Harap copy dan edar kepada para Imam Masjid dan surau

اللَّهُمَّ يا حَيُّ يا قَيُّومُ يا ذا الجلالِ والإكرامِ يا وَدُودُ يا ذا العَرْشِ المَجِيدِ يا فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِأَسْمائِكَ الحُسْنَى وَصِفاتِكَ العُلَى وَاسْمِكَ الأَعْظَمِ يا مُنْشِئَ السَّحابِ يا مُنْزِلَ الكِتابِ يا هَازِمَ الأحْزابِ ..اِهْزِمِ الطُّغَاةَ المُجْرِمِينَ مِنَ اليهودِ والنصارى الذِين يُرِيدُونَ أَنْ يَعْثَوا فَسادًا في اَجْسادِ هؤلاء المسلمين ..وانْصُرِ المسلمينَ والمجاهدين عليهم..اللهم انْصُرْنا عليهم في كُلِّ مكان..اللهم أَرِناَ فيهم عَجائِبَ قُدْرَتِكَ

.. اللهم أَحْصِهِمْ عَدَدًا وَاقْتُلْهُمْ بَدَدًا وَلا تُغادِرْ مِنْهم أَحَدًا.. اللهم اجْعَلْهُم غَنِيمَةً لِلمسلمين.. اللهم اجْعَلْ سِلاَحَهُم في صُدورِهِم وكَيْدَهم في نُحُورِهم وتَدْبِيرَهم تَدْمِيرًا لهم...اللهم أَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ وبَطْشَكَ ورِجْزَكَ وعِقابَك وأليمَ عذابِك.. اللهم لا ترْفَعْ لهم رايةً واجْعَلْهُم لِمَنْ خَلْفَهُم آيةً.. اللهم إِنَّ زَرْعَهُم قَدْ دَنا حَصادُهُ فَهَيِّئْ لهم يَدًا مِن الحقِّ حاصِدَةً تَحْصُدُ جُذُورَهُ وتَسْتَأْصِلُ شُرُورَهُ..اللهم أَهْلِكْهُم كما أَهْلَكْتَ إِرَمَ وعادَ ... اللهم صُبَّ عليهم سَوْطَ عذابٍ فإنَّهم أَفْسَدُوا في البِلادِ وقَتَلُوا العِبادَ.. اللهم إنَّهُمْ لا يَرْجُونَ لك وَقَارًا..

اللهم إنهم يَصِفُونَكَ بما أنتَ مُنَزَّهٌ عنه، سبحانك اللهم عمَّا يقولون عُلُوًّا كبيرا.. سبحانك اللهم وتعالَيت عما يقولون علوا كبيرا...اللهم اشْفِ صدورَنا مِنهم..اللهم عَذِّبْهم واجعلْ قَتْلَهم على أيدي المسلمين ..اللهم سَلِّطِ النصارى على اليهودِ واليهودَ على النصارى وأَهْلِكِ الظالمين بالظالمين وأَخْرِجْ أمةَ محمدٍ مِن بينِهِم سالِمِين..اللهم ارحَمِ المسلمين مِنَ المستضعفين .. اللهم آمِنْ رَوْعاتِهم واسْتُرْ عَوْراتِهم واحْفَظْ ذُرِّياتِهم وارْحَمْ ثُكالاهُم واحفظ أَيَاماهُم واجعل أَطْفالهَُم شُفَعَاءَ وقَتْلَاهم شهداءَ،.. اللهم أَقِمْ على الحقِّ دَولَتَهُم واجْمَعْ على التوحيدِ كَلِمَتَهُم ..

اللهم انصُرْهم.. اللهم انصرهم..اللهم انصرهم..اللهم اجْعَلِ الملائكةَ تُعِينُهُم.. اللهم سَدِّدْ رَمْيَهُم .. اللهم سَدِّدْ رَصَاصَهم...اللهم اجعلْ سِلاحَهُم غَنِيمَةً في أيدي المسلمين...اللهم افتح أبوابَ الجهادِ في كُلِّ مكانٍ .. اللهم ارْزُقِ المسلمين أبواباً إلى الجهادِ في كل مكان ..يا ربَّ العالمين .. اللهم نَصْرَكَ .. اللهم نَصْرَكَ .. اللهم نصرك .. ياحيُّ ياقيومُ برحمتك نَسْتَغِيثُ .. سبحانك ربَّنا عَزَّ جارُك، وجَلَّ ثَنَاؤُك، وتَقَدَّسَتْ أسماؤُك، سبحانك وبحمدك، لا يُهْزَمُ جُنْدُكَ، ولا يُخْلَفُ وَعْدُكَ، يا حيُّ يا قيومُ، ياذا الجلال والإكرام.

اللهم إنَّ هؤلاء اليهودَ قدْ طَغَوْا وبَغَوْا، وظَلَمُوا وأَفْسَدُوا، اللهم أَنْزِلْ عليهم رِجْزَكَ وبأسَك وغَضَبَك وعذابَك ، إلهَ الحقِّ، اللهم إنَّ هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا،اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق.اللهم مُنْزِلَ الكتابِ، ومُجْرِيَ السحابِ، وهازمَ الأحزابِ، اِهْزِمِ اليهودَ الغاصِبِين المُحْتَلِّين، وزَلْزِلهْمُ. اللهم خَالِفْ بين قلوبِهم، وفَرِّقْ جَمْعَهُم، وشَتِّتْ شَمْلَهُم، وزلزلْ أقدامَهم، وأَنْزِلْ بهم بأسَك الذي لا يُرَدُّ عن القوم المجرمين.

اللهم إنا نجعلُك في نحورِهم، ونعوذ بك من شرورهم.اللهم انصر إخوانَنَا في لبنانَ وفِلسطينَ وافغانستانَ والعراقِ وجميعِ بلادِ المسلمين . اللهم انصر إخواننا في لبنان وفلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين .اللهم كُنْ لهم مُؤَيِّداً ونصيراً، ومُعِيناً وظهيراً. اللهم إنَّهم حُفاةً فَاحْمِلْهُم، وضَعَفَةً فَقَوِّهِم. اللهم ارحم ضَعْفَهم، واجْبُرْ كَسْرَهُم، وقَوِّ عزائمَهم، واحْفَظْ عليهم دينَهم، واجْمَعْ كَلِمَتَهُم، ووَحِّدْ صُفُوفَهم.اللهم أنتَ المُرْتَجَى؛ لا مَلْجَى إلا إليك.

اللهم إنا نسألك لهم فَرَجاً عاجِلاً، ونَصْراً مُؤَزَّراً. اللهم لَقَدْ مَسَّهُمُ الضُّرُّ.اللهم فَاكْشِفْ عنهم هذه الغُمَّةَ، واكْشِفِ الغُمَّةَ عن إخوانِنَا المسلمين في كل مكان. اللهم انصر إخوانَنا المجاهدين في سبيلِك في كل مكان. اللهم انصرهم في لبنان وفلسطين والعراق وفي كل مكان يا رب العالمين.اللهم انصرْ دينَك وكتابَك وسنةَ نبيِّك وعبادَك الصالحين. اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم مَن أَرادَنا بِسُوءٍ فَأَشْغِلْهُ بِنَفْسِهِ واجْعَلْ كَيْدَهُ في نَحْرِهِ.اللهم صلِّ وسلِّمْ وبارِكْ على نبيِّنا محمدٍ وعلى آله وأصحابه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون، وسلام على المرسلين، والحمد لله رب العالمين

Antara lain doa yang boleh dibaca dalam hati sewaktu sujud .

"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam

Wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu,

Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.