* mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan *
Hati saya tidak tenang setelah membuka beberapa friendster,hi5 dan facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya adabeberapa friendster,hi5 dan facebook yang membuatkan saya berasa tidak senang. Perasaan itu timbul kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.Sebagai saudara seagama,saya juga mempunyai haq untuk menyatakan hasrat hati saya yang sekian lama terpendam untuk memberitahu dan bersuara apabila melihat perkara sebegini.Saya sangat berharap kepada sesiapa yang membacanya akan berfikiran positif terhadap apa yang saya kata kan ini.
Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini sungguh pun, bukan kerana ingin memalukan dan mengaibkan mereka mereka, tetap saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.
Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :
“ comelnya awak”
“ geramnye..cantik”
“ aduhai, lawanya mata”
Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, jangan dinafikan perasaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa seperti melayang di awangan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu dengan sekeping gambar.
Tambahan pula,dunia teknologi yang berkembang pesat memudahkan lagi kalian untuk meng'edit' gambar dengan menggunakan bermacam2 software seperti photoshop.Dengan adanya software tersebut,bila diedit gambar yang ada jerawat di muka pun akan jadi tak ada dan yang berkulit gelap akan menjadi cerah.Hal ini akan menampakkan wajah kalian lebih cantik dari yang sebenarnya. Ya,memang benar bahawa Allah itu Maha Cantik dan sukakan kecantikan,tapi jangan lah kalian menyalah gunakannya ke arah jalan yang boleh memberi rangsangan kepada kaum Adam setelah melihatnya.
Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi sesetengah yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya andai apa yang saya katakan ini agak keterlaluan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!
Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan telah diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apakan daya, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.
Akhir kata, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah dan jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.
POSTED BY GREEN_ZATIL AT 8:26 AM
LABELS: LUAHAN RASA, REMINDER 4 MYSELF.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan