Assalamualaikum...
Sambung dari siri lepas sebab aku ade kerajinan sikit kali ni..huhu..
Menyentuh pula tentang keterlibatan aku dalam bidang fotografi ni, bermulanye aku meminati fotografi ni adalah sejak di akhir zaman sekolah lagi ketika berumur 16 tahun, aku bermula dengan kamera digital kompak milik ayah aku, mase tu kamera Sony model pe ntah kemudian kamera digital kompak juga jenama Olympus milik ayah aku jugak dan ketika tu lah aku meminati jenama Olympus sebab gambar yang dihasilkan oleh Olympus tu cantik dan aku berangan untuk memiliki sebuah kamera digital kompak jenama Olympus. Lepas masuk univerisiti, aku bukak pilihan jenama yang aku minati iaitu Nikon disamping Olympus. walaupun dah de duit yang mencukupi untuk beli kamera kompak tapi aku tak beli sebab duit pakai beli motor dan komputer. Jadi tak dapat la aku nak pakai kamera kompak.
Setelah aku sambung lagi pengajian aku, barulah aku dapat beli kamera kompak, kamera pertama miliku sendiri adalah Nikon Coolpix S610 tapi sayangnye kualiti gambar yang dihasilkan oleh S610 tidak begitu memuaskan. Selama aku pakai S610, aku banyak buke dan merajinkan diri untuk bace artikel-artikel tentang fotografi. Setelah aku dapati gambar yang dihasilkan S610 tidak memuaskan, aku mula tanam citarasa baru untuk memiliki kamera DSLR, kenapa aku terus pada DSLR sedangkan aku boleh beli kamera kompak yang lebih berkualiti teknologi dan gambar yang dihasilkan? sebabnye begitu minat aku dalam fotografi ni dan ingin pegi lebih jauh untuk hobi kedua aku ni. Jadi tepat aku kirenye untuk memiliki DSLR.
Jadi aku buat sedikit penyelidikan kecik tentang DSLR. aku ade tiga pilihan jenama yang aku ingin miliki, Nikon, Canon dan Olympus. DSLR Olympus jugak bagus sebab warna gambar yang dihasilkan begitu menarik tapi disebabkan tak ramai yang gune DSLR Olympus ni, aku rejet dalam senarai untuk dibeli. Pilihan hanya Nikon dan Canon, aku mentelaah antara dua jenama ni, dua jenama ni begitu hebat hingga sukar untuk dipilih, bukan aku je tapi begitu jugak ngan peminat DSLR lain. Lepas setahun aku pun belilah Nikon D90..haha. Aku pilih Nikon sebab berdasarkan pemerhatian aku, jenama Nikon lebih kualiti gambarnye berbanding Canon tapi Canon ade kelebihan yang takde pada Nikon. Aku pun enjoy la ngan D90 aku dan aku puas hati..haha
Kenapa aku suke dan minat fotografi ni, selain dari aku dapat ambik dan simpan kenangan-kenangan aku, aku minat fotografi sebab aku dapat merasai, menikmati, mensyukuri nikmat yang tak terhingga yang ade atas muke bumi ni, semestinye ade sang pencipta yang mencipta segala yang ade atas muke bumi ni dan yang ade di langit. Bila aku snap segala keindahan pemandangan alam dan gelagat manusia yang mane akan membuatkan aku berfikir tentang kejadian Ilahi, aku dapat merasai begitu agungnya Allah s.w.t. Kite manusia ni hanye insan kerdil yang patut menyerah diri pada Sang Pencipta. Selain tu, aku juga dapat kenal peminat-peminat fotografi yang lain dan bertambahlah kenalan aku dari pelbagai latar belakang.
Akhirnye, pe yang aku nak beritahu, ape jua hobi kite biarlah kite ade matlamat dan tujuan kenapa kite pilih sesuatu hobi dan yang penting biarlah hobi kite tu tidak melalaikan kite serta hobi tersebut dapat mengingatkan kite pada Allah s.w.t.
Sekian, wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan