Assalamualaikum...
Aku 'beradus sekali lagi sebab lame gile tak buke blog dan tak update blog aku sendiri.
Berisi yang aku maksudkan adalah sebab kali ni aku nak cite sikit tentang kamera DSLR, fotografi dan yang penting keterlibatan aku dalam bidang fotografi ni.
Bercerita tentang kamera DSLR ni, sebelum tu DSLR adalah singkatan daripada "Digital Single Lens Range". bile sebut pasal kamera DSLR ni, mesti ramai yang cakap tak mampu milik, mahal, besar, berat dll. Ramai juga peminat-peminat DSLR ni akan kebingungan apabila nak memulakan bidang fotografi ni sebab bingung nak pilih jenama kamera ape yang baik untuk dimiliki dan model ape yang bagus. sebenarnye pemilihan kamera DSLR ni bergantung pada diri kite, tak perlulah kite nak kompius, semua kamera DSLR lebih kurang same je, ade kelebihan dan kekurangan masing-masing. pelbagai syarikat dan jenama yang mengeluarkan kamera besar ni, antaranye Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentax, Minolta dll. Yang menjadi pilihan ramai adalah Nikon dan Canon.
Tentang fotografi lak, sekarang dah semakin ramai yang meminati bidang fotografi ni walaupun bidang ni memerlukan bajet yang besar tapi masih dapat menarik perhatian peminat-peminat bidang ni. Sebenarnye, bile cakap fotografi ni tak semestinye perlu kepada kamera besar atau DSLR, cukup hanye kite memiliki kamera digital kompak,kite masih tetap dapat abadikan kenangan ataupun keseronokan kite dengan kamera digital kompak. Ramai dikalangan peminat bidang mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka meminati bidang ni, ade yang menjadikan bidang ni sebagai hobi dan ade juga yang lebih kedepan dengan menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya.
Aku malas nak taip panjang-panjang jadi bersambung pada siri depan..hehe..Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan